Sabtu, 12 Maret 2011

INTAN DAN BERLIAN


Galian berlian berbentuk kristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualitas fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (αδάμας; "mustahil untuk dijinakkan")—dan keupayaan mereka memantulkan cahaya.
Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan. Kebanyakan berlian di tambang di paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal dalam di perut bumi, yang berasal dari kedalaman sehingga 150 km ke Bumi, di mana tekanan dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian.

Kebanyakan berlian di tambang di Afrika tengah dan selatan, walaupun sejumlah besar galian turut di jumpai di Kanada, Russia, Brazil, dan Australia. Sekitar 130 juta Karat (26,000 kg) berlian dil tambang setiap tahun, dengan jumlah keseluruhan hampir $9 billion. Sebagai tambahan, hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan oleh manusia sebagai berlian sintetik.
Ketertarikan terhadap berlian sebagai batu berharga terletak kepada kekerasannya dan ciri-ciri optik. Berlian yang digunakan sebagai permata dipotong dan di asah menjadi berbentuk banyak sudut  untuk meningkatkan kualitas kemilauan sinarnya. Kekerasan berlian membuat ia hanya dapat di asah dengan baik  oleh berlian lainnya sehingga berlian dianggap sebagai tahan lama dan memberikan kilauan yang baik.
Pancaran cahaya putih seperti warna pelangi, dikenali dalam bidang ini sebagai api, merupakan ciri utama lain permata berlian, dan telah dihargai sepanjang sejarah. Permata berlian biasanya dinilai oleh empat ciri  Yaitu Karat, Jernih, Warna, dan Potongan - empat C: carat, clarity, color, and cut. Berlian telah dihargai sebagai permata semenjak sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu apabila ia digunakan sebagai ikon keagamaan di India. Kemashyuran berlian sebagai permata mula meningkat pada abad ke 19 karena reka bentuk dan cara potong yang makin maju sehingga meningkatkan kualiti bentuk berlian sebagai permata.

Berlian dalam kegunaan  di pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakas/alat memotong dan pelicin — penggunaannya biasa termasuk mata gergaji dan mata penggerudi atau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan gesek (abrasive). Penggunaan khas lain juga wujud atau sedang dimajukan, termasuk penggunaan sebagai semikonduktor; sesetengan berlian biru merupakan semikonduktor asli, berbanding berlian lain yang merupakan penebat yang baik. Berlian berkualiti pengilangan biasanya tidak sesuai unuk kegunaan sebagai permata atau dihasilkan secara buatan, yang menjadikan harga mereka murah dan ekonomik untuk digunakan.
Penggunaan  di pengilangan, terutamanya sebagai mata penggerudi dan perkakasan /alat pengeboran. Penghasil dan pembuat berlian biasanya di lakukan oleh beberapa pemain utama, dan tertumpu dipusat perdagangan berlian traditional (yang paling utama adalah di Antwerp). De Beers Group, yang berkantor di Johannesburg, Afrika Selatan dan London, England, merupakan pemain terbesar dalam industri berlian selama lebih seratus tahun; syarikat tersebut dan anak syarikatnya memiliki tambang berlian sendiri yang menghasilkan sekitar 40 peratus penghasilan berlian dunia, dan menjadi saluran pengedaran yang mengendalikan hampir dua per tiga daripada semua berlian dunia.
Sebagian pertikaian mengenai berlian disebabkan kebijakan monopoli yang digunakan oleh De Beers termasuk pengawalan ketat untuk perbekalan dan untuk memanipulasi harga, termasuk juga kebijakan untuk mengumpulkan  dari para gerombolan revolusi Afrika yang menjual berlian pertikaian untuk membiayai akivitas mereka yang sering ganas.

CIRI-CIRI BERLIAN

Berlian adalah kristal lutsinar karbon tulen terdiri daripada atom karbon ikatan tetrahedron. Manusia berupaya menggunakan berlian dalam pelbagai kegunaan kerana ciri-ciri fizikal luar biasa. Yang paling jelas adalah kekerasan melampau berlian dan index penyelerakan optiknya. Kedua ciri-ciri ini membentuk asas bagi kebanyakan kegunaan berlian modern.

Ciri-ciri mekanikal

Sruktur kristal: Berlian biasanya berkristal dalam bentuk sistem kristal dan terdiri daripada atom karbon ikatan tetrahedron. Bentuk kedua dikenali sebagai lonsdaleite dengan simetri hexagonal amat jarang dijumpai secara langsung dari alam, tetapi merupakan ciri-ciri berlian buatan. Bagaimanapun bentuk lain berlian dikenali sebagai karbonado; ini adalah kriptokristal. Berlian jernih, kelabu, atau hitam dengan struktur berputar (radial) seni adalah sferulit.
Susunan atom tetrahedral dalam kristal berlian adalah sumber kebanyakan ciri-ciri berlian; grafit, allotrop bentuk karbon lain, mempunyai struktur kristal rhombohedral dan hasilnya menunjukkan ciri-ciri fisikal dramatik — berlainan dengan berlian, grafit merupakan galian amat lembut, kelabu gelap lut-cahaya.
Struktur ikatan kristal berlian memberikan permata ini kekerasan yang luar biasa dan membedakannya daripada grafit
  • Ketahanan: Berlian adalah bahan galian paling keras yang di temukan di alam, dengan nilai 10 pada perbandingan skala Moh kekerasan galian dan mempunyai nilai kekerasan mutlak (absolute hardness) antara 167 dan 231 gigapaskal dalam pelbagai ujian. Kekerasan berlian telah diketahui semenjak masa silam lagi, dan menjadi bahan galian yang menjadi puncak kekerasan.
Kegunaan di pengilangan umum adalah karena sifat berlian yang keras  luar biasa. Sebagai bahan paling keras yang diketahui bentuknya secara alami, berlian dapat dipergunakan untuk mengasah, memotong, atau mengikis sebarang bahan, termasuk berlian lain. Penggunaan di pengilangan biasanya di gunakan untuk ngebor bermata berlian, dan gergaji.
Kekerasan berlian juga menyumbang kepada kesesuaiannya sebagai batu permata. Kerana ia hanya boleh dikalahkan oleh berlian lain, ia mengekalkan kilauannya dengan baik, kekal bersinar untuk tempo yang lama. Tidak seperti permata lain, ia sesuai digunakan setiap hari kerana ia tahan segala hal — sehingga menjadi sebab ia popular sebagai cincin kawin atau cincin pertunangan, yang sering dikenakan setiap hari.
  • Kekerasan, kekerasan berlian  sangatlah baik. Kekerasan berkait dengan keupayaan sesuatu bahan daripada pecah akibat hentaman. Sebagaimana bahan lain, geometri makroskopik berlian menyumbang kenanpuan atas ketahanannya untuk tidak pecah. Berlian yang dipotong dalam bentuk tertentu lebih mudah pecah berbanding potongan cara lain.
  • Warna: Berlian terbentuk secara semulajadi mempunyai pelbagai kilauan warna — jernih, puih, biru, kuning, merah, hijau, merah jambu, perang, — atau warna hitam. Berlian dengan warna kelihatan dikenali sebagai "berlian bewarna". Berlian bewarna mengandungi benda asing atau kecacatan struktur yang menyebabkan pewarnaan, sementara berlian tulen atau hampir tulen adalah jernih dan tanpa warna. Kebanyakan benda asing berlian menggantikan atom karbon dalam jaringan kristal. Bendasing paling biasa, nitrogen, menyebabkan sedikit warna kekuningan atau kepirangan.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar